Thursday, January 8, 2009

Polis MESTI Saman Wan Farid


 Polis tidak wajar mengamal penguatkuasaan “double standard”. Umum mengetahui bahawa menunggang motorsikal tanpa topi keledar adalah satu kesalahan. Sememangnya ramai orang awam yang telah disaman Polis kerana kesalahan itu.

Namun pihak Polis tidak berani untuk mengeluarkan saman terhadap Wan Farid, sebagai mantan TIMBALAN MENTERI Dalam Negeri, atas kesalahan menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar.


Klip video telah disiarkan oleh beberapa siaran berita TV jam 8 malam tadi. Wan Farid (Yek) hanya bertopi “cap” BN sahaja. Apakah Polis mengamalkan double stanardnya=2 0di sini? Walhal, terdapat lebih 6,000 anggota Polis tambahan yang dikerah di Kuala Terengganu - sudah pasti ada anggota Polis di kawasan di mana Wan Farid menaiki motorsikal tanpa topi keledar!

Ini bukan kali pertama. Sebelum ini juga jelas disiarkan di akhbar-akbar semasa PRU 2008. Khairy Jamaludin pun turut menaiki motorsikal tanpa bertopi keledar. Sehingga hari ini tiada tindakan yang diambil oleh pihak Polis.

Wednesday, January 7, 2009

Hapuskan parti pembohong


" Isu Ketuanan Melayu memperlihatkan kebodohan Melayu UMNO dan NGO Melayu yang suatu ketika dulu terjerit-jerit dan bertegang leher memomokkan bahawa kuasa politik Melayu terancam selepas PRU 12 tamat.

Kuasa politik Melayu tidak tergugat dan tidak boleh digugat selagi MP Melayu menjadi majoriti di Parlimen. Orang Melayu tidak perlu berasa tidak selamat selagi Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia tetap di situ.


UMNO telah memperdayakan orang Melayu dengan mengajukan isu cabuk itu. Agenda mereka adalah untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan sekali gus membentuk imej mereka sebagai pembela Melayu yang tulen. Sehubungan itu, tiada parti lain yang boleh menggantikan mereka.

Inilah pembohongan besar UMNO Baru. Rakyat tidak akan lupa atau memadamkan sumbangan pemimpin-pemimpin UMNO Lama seperti Dato' Onn, Tengku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Hussein Onn.

Majoriti rakyat menghargai kebaikan yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir (TDM) sebelum UMNO Lama diharamkan. Walau bagaimanapun, imej baik dan jahat pada diri TDM dapat dilihat dengan jelas setelah UMNO Baru dibentuk.

Rakyat tidak lupa jasa TDM bersama-sama penasihat ekonomi Malaysia yang terunggul nengelakkan diri daripada berhutang dengan IMF semasa krisis ekonomi dalam tahun-tahun akhir 1990-an. Namun, krisis kehakiman, Dasar Penswastaan, PPSMI, dan rasuah benar-benar mencalarkan imej TDM.

Apa tidaknya, kecelaruan dalam krisis kehakiman amat memalukan apabila kerajaan membayar ex-gratia kepada hakim-hakim yang dipecat.

Nazri Aziz yang gagal membuat homework mendakwa hakim-hakim itu tidak dipecat. Setelah diasak pembangkang sebagai pembohong, baharulah dia membetulkan kesalahannya. Berbohong sudah mendarah daging dalam UMNO.

Pak Lah sendiri berbohong semasa hendak menentukan tarikh PRU 12. Sebelum itu, Pak Lah amat berbangga dengan pencapaian baik BN dalam PRU 11.

Pada hal, wang yang melebihi had yang dibenarkan oleh SPR, iaitu sebanyak RM200 juta lebih telah digunakan hanya untuk bahan pilihan raya sahaja. Ini bermakna kemenangan bergaya BN dalam PRU 11 mengikut jalan belakang, yakni penipuan.

Berbohong dan menipu sudah menjadi darah daging UMNO/BN. Kini, TDM pun berbohong. Janjinya untuk mendedahkan nama perasuah dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO Mac 2009 nanti tidak ditepati. Alasannya tak cukup bukti. Kalau dah tau begitu, tak payahlah nak beritahu seluruh Malaysia tentang hal itu.

Ini menunjukkan bekas pemimpin dan pemimpin UMNO pada masa kini suka berbohong, menipu, dan mungkir janji. Pantun dua kerat ada mengatakan:

Siakap, senohong, gelama, ikan duri;
Cakap bohong lama-lama mencuri.

Sudah lama pemimpin UMNO mencuri harta rakyat. Bertahun-tahun Terengganu menerima royalti minyak yang berjumlah ratusan juta ringgit.
Wang itu dipanggil wang ehsan atau dana khas yang dirampas semasa Terengganu diperintah oleh PAS. Dengan jumlah wang yang begitu banyak, kini rakyat Terengganu merupakan yang ke-2 termiskin di Malaysia!!!

Anda tentu faham mengapa hal ini berlaku. Duit masuk ke kocek pemimpin UMNO dan kroni-kroni mereka. Rakyat dapat habuk sahaja.

Masihkah anda percaya kepada UMNO? Masihkah anda hendak melantik ahli UMNO menjadi MP Kuala Terengganu?

Lupakan hasrat itu. Jangan bergantung harap kepada Melayu UMNO. Anda akan tertiarap.

HAPUSKAN PARTI PEMBOHONG!!!

UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!!

ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!!

CRUDE OIL

(RTTNews) - Oil prices dropped modestly on Wednesday as traders awaited the weekly inventory report from the Department of Energy. Many experts looked for stockpiles to increase in the recent week amid the ongoing economic concerns around the globe. Light sweet crude for February delivery fell to $48.04, down 54 cents on the session. Oil fell as low as $47.61 as it continued to back off yesterday''s highs above $50 per barrel. In overnight deals Wednesday, crude hit as high as $49.09. The Energy Information Administration''s latest inventory report is due later in the morning. Experts are looking for a build of about 1 million barrels in both crude oil and gasoline stockpiles. Last week''s data showed crude oil inventories increased 500,000 barrels in the week ended Dec. 26. Analysts predicted a drop of about 1.5 million barrels. However, gasoline inventories increased by 800,000 barrels last week, while analysts were looking for a rise of about 1.5 million barrels in the recent week. On the currency front, the greenback staged a sharp fall against its major rivals in early New York trading on Wednesday. The greenback fell to a new multi-week low of 1.5133 against the pound and a two-day low of 92.46 against the Japanese yen, and also dropped versus the euro and franc. In economic news, an Automatic Data Processing report showed that non-farm private employment fell by 693,000 jobs in December following a revised decrease of 476,000 jobs in November. Economists had been expecting the report to show a somewhat more modest decrease of about 450,000 jobs.Crude hit a five-week high of $50.47 on Tuesday as traders considered reports that members of the Organization of Petroleum Exporting Countries are following through with output cuts, as planned last month. In December, OPEC announced a cut of 2.2 million barrels per day, effective Jan. 1 in response to rapidly plunging prices amid demand concerns.For comments and feedback: contact editorial@rttnews.comCopyright(c) 2009 RealTimeTraders.com, Inc. All Rights Reserved

Topeng baru Skim Cepat Kaya


"http://www.rohaizad.com/wp-content/uploads/2008/04/duit_online.jpgSekarang ni banyak syarikat yang menawarkan marketing plan yang kononnya yang jauh lebih senang dan cepat menguntungkan. Malah ada diantaranya yang menyatakan KONONNYA tak perlu menaja, tak perlu beli produk dan sebagainya.

Join saja, pilih package, bayar, kemudian dapat post-dated cheque 2 keping yg boleh ditunaikan dalam masa 1 dan 2 bulan berikutnya. Nampak sangat mudah kan? Tiap-tiap bulan kerjanya cuma cashkan cheque sahaja. Kononnya kita beli produk, tapi tak ambil. company tolong jualkan produk kita pada customer mereka. Wah...


bijak sungguh perniagaan begini. Sudah pastilah sangat senang menarik orang-orang tua, orang-orang kampung yang cetek ilmu, atau maaf kata, orang-orang melayu yang sangat kemaruk nak kaya tapi kalau boleh nak cara yang paaaaling mudah! Nah... dalam tak sedar terjebak dalam kegiatan money game (dulu orang panggil Skim Cepat Kaya). tapi kalau saya cakap begitu, pastilah mereka-mereka ini akan kata "Eh.. tak.. ni bukan money game. ni company kukuh. kita guna sistem jualan semula. akta ni ada dalam AJL punya terms bla.. bla.. bla..".

Sahabat... sebelum ini orang-orang yang menyertai program-program seperti EM-Pay, ABFund, Buluhmas, Jasmeen , Noradz Travel, Eastana Farm dan sebagainya juga mengatakan program mereka sah, legal, syarikat kukuh dan sebagainya sehinggalah ianya di banned oleh Bank Negara. Bila dah kena banned barulah menyengeh dekat orang bawah "Nak buat macamana... ni la risiko dia. bukan ko jer, aku pun kena..." Persoalannya, adakah anda mahu tunggu pada masa dan ketika itu baru sedar? Adakah itu risiko yang anda sanggup ambil? Ah! kalau kena banned, bukan kita sahaja yang rugi, company pun rugi. Benarkah? Anda tahu kah samada company ada berapa akaun? Anda tahu tak sekiranya company awal-awal lagi dah salurkan sebahagian keuntungan atas nama syarikat lain? Anda sedar tak mengapa company secara perlahan-lahan cuba mengubah dasar perniagaan kepada yang lebih bersifat fizikal? Ingat, kita memperkenalkan sesuatu bisnes atau perniagaan kepada orang bukan sekadar menjaja syarikat, marketing plan dan sebagainya tetapi turut menjaja muka, nama baik dan maruah diri kita sendiri. Jika kita memperkenalkan program yang berasaskan MoneyGame a.k.a Skim Cepat Kaya kepada sahabat ataupun saudara kita dan kemudiannya syarikat tersebut tutup, bungkus, lingkup, lari atau sebagainya, memadai kah dengan hanya berkata "Nak buat macamana... aku pun kena tipu juga...". Kemudian dua tiga hari selepas itu, promote skim lain pula. Begitu mudah kah?

Berapa ramai yang tertipu tetapi bila syarikat kena banned, asset dibekukan, so kita pun merasakan kita tak boleh buat apa-apa. Kita rasa company tu pun susah sebab semua assetnya dah dibekukan. Benarkah begitu keadaannya? Kalau sebelum ini duit yang anda semua laburkan dia telah parking atau laburkan dibawah nama company lain pula nak kata apa? Anda melopong, company kononnya kena banned, asset company kononnya dibekukan, tetapi pengasasnya kaya raya dengan sebahagian besar duit kita yang tertipu. kerana itulah company-company begini selepas setahun mereka akan cuba diversify perniagaan mereka kepada fizikal business seperti mewujudkan franchais, perhotelan, cafe dan sebagainya. Adakah anda tahu dan adakah anda boleh pastikan samada cabang-cabang business tersebut menggunakan nama dan akaun syarikat yang sama? Hehehehe. Diorang ni guna concept rocket nak terbang ke angkasa lepas. kepala pergi, ekor lepas. Sampai satu stage lagi, kepala pergi badan lepas. At the end, diorang tetap kaya raya dengan 'perniagaan sah' yang pada mulanya tak dapat dilakukan akibat ketiadaan modal. Tapi akhirnya boleh direalisasikan dengan modal-modal yang diberikan oleh kita-kita semua yang nak sangat kaya cepat ni.

Orang yang buat Money Game ni bukan orang-orang bodoh saudara. Mereka kebanyakannyan terdiri dari orang yang pakar dalam bidang perundangan, mahir dalam akta AJL dan sangat arif dalam pelan pemasaran berangkai. Jadi sangat mudah mereka mengelirukan dan memutar-belitkan fakta bagi memperlihatkan apa yang mereka buat kelihatan sah dah legal. Saya berikan satu contoh dibawah:

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
Company A merupakan pengeksport kambing gurun dari Turki untuk pasaran dalam dan luar negara (atas kertas la. Yang sebenarnya, kita pun tak tahu. Maklumlah... kawan yang promote). Dia memperkenalkan satu sistem yang kononnya digelar Smart Partnership (ni apa-apa nama pun boleh asalkan bunyinya sedap. Contohnya joinventure, smart franchais, sell back dan sebagainya). Jadi kalau anda nak join, anda boleh beli kambing gurun ini dengan harga borong sebanyak RM500 seekor dan syarikat akan menjualkannya dengan harga RM900 seekor dalam masa 2 bulan. Tapi disebabkan company memang sudah ada customer tetap diseluruh malaysia so company yakin memang boleh jual punya so company bagi siap-siap cek post-dated sebanyak 2 keping bernilai RM450 setiap satunya. Sekeping korang hanya boleh tunaikan bulan hadapan, dan sekeping lagi hanya boleh ditunaikan 2 bulan lagi. Kenapa dua bulan kena tunggu? Oooo sebab itu kambing kami import, kena quaranteen dulu taknak bagi ada penyakit, lepas tuh beru dipindahkan ke kandang dan diberi makanan secukupnya kasi gemuk. So proses ni yang mengambil masa selama 2 bulan ni. Tapi anda tak perlu risau,kita ada contract dan agreement. Bila u sign sahaja, kitorang akan terus bagi u post dated cheque. Beerti you hanya bayar Rm500, terus dapat RM900.. semua kerja-kerja, company akan uruskan. kalau u nak beli 10 ekor terus, Rm5000 dan u akan dapat post dated cheque Rm9000. Kalau u perkenalkan kawan sistem Smart partnership ni,pihak syarikat akan memberikan komisyen 5% daripada pembelian downline anda bla.. bla.. bla...
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Baca betul-betul senario yang saya berikan diatas dan perbandingkanlah dengan sistem perniagaan atau pelaburan atau apa sahaja konsep perniagaan yang anda ceburi sekarang sekiranya ada. Walaupun produknya berbeza-beza, tapi modus operandinya sama. Sekali pandang nampak tiada masalahkan? Sekali dengar nampak ianya logik, boleh diterima akal, dan mesti ramai yang mengatakan ini satu jalan buat duit yang sangat mudah dan menguntungkan. Sebenarnya konsep ini telah digunapakai oleh pengusaha-pengusaha skim cepat kaya semenjak 10 tahun dulu lagi. Cuma masa tu tiada lah promosi melalui laman web, website replika dan sebagainya ni. Ianya tidak semestinya kambing. tapi saya ambil contoh kambing gurun bagi menunjukkan kepada anda yang Money game ni boleh merupa pelbagai bentuk. Jangan kata kamping gurun, Mangkuk tanah liat untuk makanan ayam telur pun boleh buat satu bentuk konsep perniagaan begini. Nampak tak sistem yang diperkenalkan oleh company A tersebut. Sekali pandang langsung takde masalah kan? Sama seperti kita beli kambing harga RM500 kemudian jual dengan harga RM900. Cuma bezanya semuanya company A ni akan uruskan untuk kita. So apa masalahnya? Sah apa perniagaan macam ni....??! Hehehehe... Fikir balik!




Dibawah ni beberapa tips untuk menilai program atau skim perniagaan yang anda ceburi dan sertai itu sah, money game atau tidak. Dan "Syarikat pernah keluar surat khabar" bukanlah satu aspek daripadanya! Dah banyak company yang masuk paper, malah siap ada iklan kat tv (lihat contoh MW yang popular satu masa dulu) rupanya beroperasi disebalik skim cepat kaya.

1) Jika menkaji apa-apa marketing plan, jangan terlalu ghairah dengan keuntungan lumayan yang dijanjikan kepada pihak agent semata-mata sebaliknya cuba kaji dimana keuntungan pihak syarikat daripada marketing plan tersebut. Jika terlalu banyak insentif kepada agent abih macamana pula syarikat boleh dapat keuntungan? darimana pula datangnya wang berkenaan? (Tolong la jangan jawab dari penjualan produk tadi company boleh buat untung sebab kalau betul company dah ada pelanggan tetap untuk menjualkan produk-produk mereka apa perlunya lagi agent? Baik company jual sendiri dan mereka boleh dapat keuntungan 100% tanpa perlu mengagihkan sebahagian besar kepada agent)

2) Kaji kenapa di awal perlaksanaan program-program sebegini kenapa syarikat hanya mensyaratkan agent untuk menyertai 1 lot atau 1 akaun sahaja. Kemudian apabila rangkaian agent sudah berkembang baru pelan-pelan lain seperti family package, gold package dan bermacam lagi gelaran diberikan kepada mereka yang ingin membeli banyak lot sekaligus untuk keuntungan yang lebih cepat dan maksimum kononnya? nak tahu kerana apa? Kerana dari awal-awal lagi company tahu dengan marketing plan ini mereka akan overpaid pada agent. Walaupun sistem pembayaran bonus telah di drag (heret) kepada 2 bulan dengan post-dated cheque tadi (jadi semasa pembayaran bonus pada bulan pertama mereka ada sebahagian lagi wang pelaburan dalam pool untuk menampung pay-out bulan berikutnya yang mana pada bulan berikutnya sudah pasti wang pool akan bertambah dengan kemasukan agent baru dan pembelian semula agent lama. Dengan ini company sentiasa dalam keadaan hanya menggunakan sebahagian dari duit terkumpul untuk tujuan payout dan sebahagian lagi sentiasa ada sebagai backup) tetapi jika tiada agent baru yang menyertai skim berkenaan dibawah rangkaian agent tersebut beerti company takkan ada duit pool untuk dibayar kepada agent utk bulan kedua. Jadi untuk melimitkan risiko dalam tempoh melihat trend ini, jadi company limitkan 1 lot untuk seorang. (Biar banyak agent dulu. Biar network berkembang dulu. Jadi ianya akan lebih senang dimanipulasikan). Then bila rangkaian agent sudah makin berkembang, orang dah mula yakin, baru sorang boleh beli lebih kerana company dah ada duit pool yang besar dan kadar kemasukan atgent baru bertambah dari masa ke semasa.

3) Jika anda mendapat iklan promosi dari rakan-rakan anda berkenaan satu skim yang boleh buat keuntungan tanpa menaja dan sebagainya, tanya kepada diri anda, "jika dah tak perlu menaja, apa kejadahnya yang dia beria-ria promote kat aku suruh aku join ni?"

4) Jika mereka kata "Money game takde produk, sedangkan kita ada produk..". Tanya balik diri kita sendiri benarkah? Kita boleh yakinkan orang dengan cerita-cerita yang diajarkan oleh upline atau oleh pengasas skim berkenaan. Tapi biasanya jauh disudut hati kita kita boleh tahu yang sebenarnya ini 100% money game yang tak memerlukan produk langsung. Produk hanya digunakan sebagai topeng/wayang bagi memudahkan kita nak menerangkan kepada prospek dan downline berkenaan marketing plan skim yang kita jalankan. Hakikatnya, upline kita tak pernah beli dan guna produk tersebut.... kita sendiri tak pernah beli dan guna produk tersebut... malah kita sendiri tak pernah expect untuk downline atau prospek kita beli dan guna produk tersebut... dari mula memang kita nak suruh dia join, letak duit sekian-sekian, kemudian dapat untung. pas tuh dia plak nanti akan cari orang buat perkara yg sama. Kalau ini yang berlaku kepada kita, Jangan kata kalau kita mampu tipu tuhan, tapi jika diri kita sendiri pun kita tak boleh tipu, maka tak payah lah... yang kita nak tipu ni kebanyakannya orang susah... sebangsa dengan kita... kadang-kadang tu bukan siapa-siapa tetapi saudara-mara dan sahabat handai kita sendiri. Tak kesian ke?

5) Apa bila ditanya soalan berkenaan LEGAL aspek, biasanya mereka-mereka ini akan 'quote'kan akta-akta dan syarat-syarat sah yg terkandung didalam lesen AJL. Sebagai contoh:

Mengikut PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG (SKIM DAN PERJALANAN) 2001, bahagian PERJANJIAN, No.2(c) menjelaskan:

“atas permintaan peserta itu, orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang dahulu pada suatu harga yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar”

Tetapi, bila ditanya company ni ada AJL Licence ke tak? Dijawab, "Ooo kita bukan exactly termaktub bawah AJL, sebab kita punya business adalah trading bla.. bla.. bla.." Oit?! Gitu pulok!!

6) Setiap company yang menjalankan money game atau skim cepat kaya ini, mereka dari awal lagi telah mempunyai dan merancang 'jalan keluar' mereka (exit plan). Mereka telah merancang terlebih dahulu yang plan ini akan berjalan untuk berapa lama, dan bilakan masanya untuk mereka memberhentikan operasi dan sebagainya. kerana itu pengasas-pengasas skim begini biasanya dah meletakkan expired date untuk perniagaan yang mereka jalankan. Tiada yang pernah bertahan lebih dari 2 tahun. Kebiasaannya mati selepas 1 tahun lebih sahaja. Ini bukan semata-mata kerana akhirnya ia pasti akan di benteras oleh pihak bank negara atau kerajaan, tetapi mereka sendiri yang memang nak tutup bisnes mereka. kenapa? Kerana trend pasaran pasti akan menurun. Marketing plan yang dulunya hangat, akan beransur-ansur menyejuk. Kadar kemasukan agent baru akan menurun. Jika 20% daripada agent berhenti dan tidak meneruskan pelaburan, re-purchased, re-consumption atau apa sahaja gelaran yang diberikan, beerti dalam tempoh 1 bulan sahaja company akan 'overpaid' kepada agent. Tambahan pula jika waktu tersebut turn-over capital telah meningkat keangka belasan atau puluhan jutaan ringgit. Bayangkan sebenarnya berapa kerugian yang terpaksa ditampung untuk membayar kesemua imbuhan sekiranya kesemua agent mengambil keputusan untuk berhenti. Jadi sebelum perkara ini terjadi, mereka akan stop dan lari dengan baki 50% duit pool yang ada (kan sekeping cheque lagi hanya boleh diapprovedkan selepas 2 bulan..? So paham-paham jer la. Walaupun anda berjaya menunaikan cek yang pertama... tapi adakah anda cukup yakin yang cek kedua anda tersebut 'Sempat' untuk anda tunaikan?) Adakah anda mempunyai exit plan?


Tujuan saya menulis pasal Money game atau Skim cepat kaya ini bukanlah kerana saya cemburu atau iri hati dengan pendapatan mereka-mereka ini. Tapi saya sebenarnya simpati kepada yang betul-betul susah dan terdesak yang mana mereka kononnya merasakan hanya inilah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka tetapi akhirnya hilang kisah dari susah nak senang, langsung jadi bertambah melarat sebab kena tipu. Tambah simpati bila yang ditipu dan yang biasanya terjebak dengan skim-skim begini bukanlah orang lain, sebaliknya bangsa melayu yang lazimnya seagaama dengan saya. Dan tambah menyedihkan bila ada yang menyertainya apabila ia disogok-sogokkan dengan hadiah perjalanan umrah, haji dan sebagainya.

Saya yakin dari 100 orang yang menyertai skim perniagaan sebegini, 10 orang daripadanya dah tahu ianya berisiko tetapi hanya mencuba. Tetapi bagaimana dengan 90 orang lagi yang betul-betul yakin dan percaya bulat-bulan kepada orang yg memperkenalkan skim ini kepada mereka? Bagaimana pula kalau dah kita sedar sistem perniagaan ini tak sah dan cara perolehan wangnya juga tidak sah, abis bagaimana pula dengan ibadat haji dan umrah yang dibiayai dengan wang ini tadi? Biasalah... yang dibelakangnya yang buat plan pun bukannya orang islam. "Aiiya.. ini manyak bagut maa.. pasti mereka suka punyerr". Samalah keadaannya bila salah seorang teman saya berbangsa cina mengatakan; "Ini halal maa.. daging ayam!". Sebab bagi mereka melayu (islam) cuma tak makan babi. Melayu makan ayam. Mereka tak tahu yang ayam pun kalau tak disembelih, adalah haram. Mereka tak tahu walaupun ayam, dan walau ia disembelih sekalipun tetapi kalau tak mengikut syarat sah sembelihan ianya tetap haram.

Walau bagaimana pun dalam mengulas isu money game ini, saya tak nak ulas dari konteks agama sebab saya kurang arif. Mungkin boleh rujuk dengan Ustaz Zaharuddin atau yang lain-lainnya. Saya cuma mengulas dari sudut aqlinya sahaja.

Harapan saya, kepada yang terasa dirinya sekarang berada dalam permainan money game ini, baiklah berhenti sekarang sebelum terlajak lebih jauh lagi. Rugi duit mungkin tidak sekiranya anda dah lama menyertai dan anda rasakan sudah balik modal. Tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan jadi mangsa sumpah seranah, maki hamun dan caci maki orang bawahan anda sekiranya terjadi apa-apa selepas ini. Nama, air muka dan maruah diri bukanlah boleh dinilai dengan wang ringgit...


Copylah artikel saya ini dan publishkan dalam blog anda atau forwardkan ke email rakan-rakan serta saudara mara kita supaya sama-sama kita membantu menyebarkan mesej ini kepada yang lain.
"

Harga minyak kekal sehingga hujung Januari

PUTRAJAYA 6 Jan. - Harga petrol dan diesel akan kekal sehingga hujung bulan ini ekoran tiada perubahan mendadak pada harga minyak mentah di pasaran dunia pada Disember lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, harga minyak di pasaran dunia yang menyaksikan sedikit peningkatan tidak memberi kesan kepada kerajaan.

Kata beliau, kerajaan akan terus menyemak harga bahan api setiap dua minggu bagi menentukan harga yang bersesuaian dengan pasaran dunia dan tidak membebankan pengguna.

''Jika dilihat harga purata bahan api dunia pada akhir Disember lalu adalah AS$41 setong dan semasa pertengahan Disember harganya naik AS$43 tapi kita tetap turunkan harga.

''Penurunan harga sepatutnya lima sen tapi keputusan kerajaan kita turunkan 10 sen, jadi tidak nampak ia boleh turun pada bulan ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan amanat kepada pegawai dan kakitangan KPDNHEP sempena tahun baru di sini hari ini.

Berkuat kuasa 15 Disember lalu, harga petrol RON97 turun kepada RM1.80 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing RM1.70 seliter.

Penurunan harga itu merupakan kali ketujuh dilaksanakan kerajaan sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Harga minyak petrol dan diesel mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Mengenai keputusan untuk menentukan penanda aras bagi harga bahan api, beliau memberitahu, satu mesyuarat di antara pihaknya dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berlangsung hari ini.

Menurut beliau, kementeriannya mencadangkan supaya penanda aras itu ditetapkan pada kadar di antara RM1.80 dan RM1.90 seliter.

Tuesday, January 6, 2009

Masa untuk membantu rakyat



 PARIT BUNTAR, 4 Jan. : Kemenangan Pakatan Rakyat memerintah Perak memberi peluang kepada wakil-wakil rakyat PR membantu rakyat yang selama ini dinafikan hak mereka oleh kerajaan dahulu.

Wakil rakyat PR seharusnya mengambil peluang ini sehingga pilihanraya umum ke 13 untuk berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyat.

Pegawai Khas kepada ADUN Kuala Kurau En. Adnan Said berkata, sekarang inilah masa untuk membantu rakyat, jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya akan merugikan rakyat yang mengharapkan pembelaan wakil rakyat PR.

En. Adnan Said ditemui semasa melawat jambatan motorsikal dan pejalan kaki yang menghubungkan Kuala Kurau dan Kuala Gula bersama Ahli Parlimen Parit Buntar dan ADUN Kuala Kurau. Jambatan ini hampir siap dibina dan akan memudahkan penduduk di Kuala Kurau berulang-alik ke seberang dengan motorsikal atau berjalan kaki.

Beliau memberitahu, ADUN Kuala Kurau telah memberi kepercayaan kepada beliau mengetengahkan segala masalah yang dibawa oleh Ketua Kampung dan JKKK dalam DUN Kuala Kurau.

Image035.jpg image by paspb
" Saya akan bertemu dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyelesaikan sesuatu masalah yang dibawa Ketua Kampung. Sehinggakan kalau orang kampung nak anak ayam dari Pejabat Haiwan, saya akan ke sana dapatkan anak ayam untuk orang kampung " Beritahu En. Adnan.
Image032.jpg image by paspb
Beliau bersyukur, banyak masalah telah diselesaikan. Ketua Kampung dan JKKK dalam DUN Kuala Kurau juga banyak membekalkan maklumat berkenaan masalah dalam kampung mereka kepada Pejabat DUN Kuala Kurau.

"Jalan yang berlubang dah diturapkan, JPS buat benteng parit tali air dan banyak lagi. Boleh tengoklah di DUN Kuala Kurau ni". Jelas En. Adnan.

Image012.jpg image by paspb
Bekas ADUN Titi Serong Peguam Ahmad Azhar Haji Sharin yang ditemui berharap, wakil rakyat PR tidak mensia-siakan harapan rakyat kerana mereka mempunyai peruntukan dan kuasa untuk menyelesaikan masalah rakyat.

" Semasa saya menjadi wakil rakyat, saya tidak dapat peluang sebegini. Peruntukan dinafikan malah agensi kerajaan tak ambil endah masalah rakyat yang dibawa untuk diselesaikan. Sekarang mudah untuk membantu rakyat" Beritahu Peguam Azhar Sharin yang juga NYDP PAS Parit Buntar.

Yuran Persekolahan Ada, Tidak Ada atau Tangguh

" Dulu, Menteri Pelajaran kater Yuran Persekolahan dah takder.. Tapi di Kuala Terengganu, Menteri Pelajaran kater, Yuran Persekolahan ditangguhkan ke Bulan Jun dan PIBG mendapat peruntukan RM50 Juta.

Keliru gaks aku nier
Sumber: Utusan Malaysia

RM50 juta untuk PIBG
05/01/2009 7:12pm

KUALA TERENGGANU 5 Jan. — Sejumlah RM50 juta diperuntukkan bagi menggerakkan aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di peringkat sekolah di seluruh negara, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, peruntukan khas itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat dan akan disalur melalui tabung sekolah khusus untuk kegunaan PIBG.

Menurutnya, langkah itu ekoran penangguhan bayaran yuran persekolahan yang hanya akan dikutip pada bulan Jun selepas mendapat persetujuan sekolah dan PIBG.

“Sejajar dengan komitmen kementerian untuk mengurangkan beban ibu bapa pada awal penggal persekolahan, kementerian mengambil langkah proaktif dalam membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa dalam persekolahan anak-anak mereka,” katanya kepada pemberita ketika melawat Sekolah Kebangsaan Kuala Ibai di sini hari ini. - Bernama

CRUDE OIL

RTTNews) - Crude oil surged in Monday''s trading and reached a monthly high. Light sweet crude for February delivery closed at $48.81, up $2.47 on the session, and hit an intraday high of $49.28. Oil gained as Israeli attacks continued on the Gaza strip, increasing fears supplies from the Middle East could be disrupted. According to reports, more than 500 people have been killed in the conflict. Traders also showed confidence president-elect Barack Obama''s stimulus package will boost energy demand. The package under construction by Obama and Democratic congressional leaders could include tax cuts totaling more than $310 billion, according to various media reports on Sunday.Investors began to monitor the impact of production cuts by the Organization of Petroleum Exporting Countries. On Dec. 17, OPEC announced a cut of 2.2 million barrels per day, effective Jan. 1. The move is in response to rapidly plunging prices amid demand concerns. Wednesday will bring the Energy Information Administration''s latest inventory report. Last week''s data showed crude oil inventories increased 500,000 barrels in the week ended Dec. 26. Analysts predicted a drop of about 1.5 million barrels. However, gasoline inventories increased by 800,000 barrels last week, while analysts were looking for a rise of about 1.5 million barrels in the recent week. Oil lost more than 50% in 2008 amid the global economic crisis that has hindered energy demand. After hitting a record $147.27 on July 11, oil has plunged more than $102 or nearly 70%. At the pump, gasoline prices climbed to $1.672 for a regular unleaded gallon. This is still well-below last year''s mark of $3.104. A month ago, prices stood at $1.751. Crude oil turned sharply higher on Friday on the violence in Gaza and a dispute between Russia and the Ukraine. Light sweet crude finished at $46.34, up $1.74 on the day. Oil fell as low as $41.05 before recovering its slump.For comments and feedback: contact editorial@rttnews.comCopyright(c) 2009 RealTimeTraders.com, Inc. All Rights Reserved

Rakyat berkuasa boikot produk AS

PUTRAJAYA 5 Jan. - Usaha untuk memboikot produk Amerika Syarikat (AS) dan Israel harus dimulakan oleh rakyat atau pengguna kerana adalah sukar untuk kerajaan mengambil langkah yang sama memandangkan AS adalah sebuah kuasa besar dunia.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan di seluruh dunia mungkin tidak akan memboikot AS kerana takut pada ancamannya tetapi rakyat mempunyai kebebasan mutlak untuk berbuat demikian.

''Orang ramai mesti bertindak seperti dengan tidak meminum CocaCola, mereka boleh membuat pilihan secara bebas kerana tidak ada pihak yang akan memaksa mereka meminumnya.

''Lagi pun rakyat tidak akan mati kerana tidak meminum minuman tersebut," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun tindakan memboikot produk Amerika boleh menimbulkan kesan tertentu, ia perlu dilakukan demi kebaikan dunia.

''Kalau kita mahu lakukan sesuatu yang baik maka kita kena bayar suatu kos atas tindakan ini.

''Kita tidak boleh boikot segala-galanya kerana Amerika miliki teknologi tertentu tetapi usaha kita masih boleh membawa hasil jika boikot diadakan secara selektif," katanya.

Beliau dalam pada itu terus menyeru negara-negara di seluruh dunia memboikot mata wang AS.

''Jika kita tidak menggunakan mata wang Amerika, maka negara itu tidak boleh menjalankan perdagangan atau mengaut keuntungan dan terpaksa menghentikan pengeluaran senjata.

''Duit ini digunakan untuk menghasilkan senjata dan mereka yang simpan duit dalam mata wang Amerika adalah menyumbang kepada pengeluaran senjata untuk membunuh mereka yang tidak bersalah," katanya.

Monday, January 5, 2009

Petrol RM1.90 jika minyak mentah AS$50 setong

JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu menaikkan harga petrol kepada RM1.90 semula, sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah AS$50 (RM175) setong.

Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, (gambar) berkata pada Disember lalu, purata harga minyak mentah masih di sekitar paras AS$40 setong sekali gus membolehkan rakyat negara ini menikmati harga petrol RM1.80 seliter, termasuk cukai 58 sen.

Beliau berkata, sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan peningkatan kepada sekitar lebih AS$44 setong, kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol sebaliknya, mengurangkan cukai yang dikenakan kepada pengguna.

“Ini bermakna sekiranya harga minyak terus meningkat, cukai yang kerajaan kenakan kepada pengguna kira-kira 55 sen seliter (ketika ini), akan dikurangkan kepada 50 sen dan seterusnya bagi menampung kenaikan harga minyak mentah dan mengekalkan harga petrol sebanyak RM1.80 seliter.

“Namun apabila harga minyak dunia melepasi AS$50, sehingga kerajaan tidak lagi dapat mengenakan cukai, baru harga minyak akan dinaikkan semula kepada RM1.90 seliter... pada peringkat itu, kerajaan tidak akan mengenakan cukai dan tidak memberi subsidi kepada rakyat,” katanya.

Sunday, January 4, 2009

BN mula tabur rasuah politik di Kuala Terengganu

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Sun | Jan 04, 09 | 12:08:17 pm MYT

Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang serius tindakan Barisan Nasional (BN) yang mula menyogok rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu dengan 'rasuah politik' yang terlampau.

Iklan

Tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang meluluskan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi pembinaan jalan baru di DUN Wakaf Mempelam, dan juga kenyataan Menteri Besar Terengganu yang berjanji untuk meneruskan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu ternyata adalah satu bentuk eksploitasi wang rakyat demi menjamin kemenangan BN yang semakin terdesak.

AMK tegas berpendapat bahawa dana kerajaan negeri dan persekutuan yang datang daripada kutipan cukai rakyat tidak wajar diseleweng sewenang-wenangnya oleh BN hanya kerana mereka memegang tampuk kuasa ketika ini.

Apa yang mengejutkan ialah kenyataan Menteri Besar Terengganu bahawa sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

AMK mempersoalkan tindakan Menteri Besar Terengganu dan BN yang ternyata mengamalkan demokrasi selektif mengikut nafsu serakah mereka, hanya untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Apakah rakyat boleh dinafikan dengan pembangunan hanya kerana mereka tidak mengundi BN?

Melihat kepada sogokan demi sogokan yang diberikan oleh BN ini, maka AMK menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memainkan peranan yang aktif dan tegas dalam membanteras kegiatan 'rasuah politik' yang berleluasa berlaku di Kuala Terengganu pada ketika ini.

AMK juga akan mengambil tindakan drastik untuk mengemukakan laporan kepada polis dan SPRM agar tindakan ini dapat dikekang daripada berlaku berterusan.

BN perlu sentiasa akur, bahawa rakyat dan pengundi bukan semudah itu untuk digula-gula dan diperbodohkan dengan sogokan pembangunan, sebaliknya rakyat akan terus celik untuk menghenyak BN untuk mengembalikan hak rakyat yang telah dilapah sejak sekian lama.

----

Shamsul Iskandar Mohd Akin ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia_

kenyataan pemimpin haprak


Projek pembangunan menanti rakyat

KUALA TERENGGANU 3 Jan. - Projek pembangunan bernilai kira-kira RM5.8 juta akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri di Kuala Terengganu selepas pilihan raya kecil kawasan Parlimen itu pada 17 Januari ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, projek berkenaan termasuk RM2 juta untuk membaiki longkang serta jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil.

Justeru menurutnya, amat penting bagi rakyat untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil itu supaya pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan.

''Saya sasarkan kita memperoleh kemenangan dengan majoriti 2,000 undi, jika lebih daripada itu kerajaan negeri tidak kisah untuk menambah lagi peruntukan pembangunan kawasan ini,'' ujarnya ketika berucap pada majlis jamuan rakyat di sini hari ini.

Menurut Menteri Besar, sukar bagi kerajaan negeri untuk melaksanakan pembangunan yang dirancang jika Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan pembangkang.

Beliau memberi contoh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam yang ketinggalan dari segi pembangunan kerana dikuasai Pas sejak 1990.

''Bagaimana wakil rakyatnya mahu membangunkan kawasan itu sedangkan beliau bukan daripada parti memerintah. Inilah keadaan yang berlaku jika sesebuah kawasan itu jatuh ke tangan pembangkang,'' ujarnya.

Justeru katanya, rakyat harus faham dan mengamalkan pepatah 'orang memberi kita merasa' iaitu membalas segala kebaikan yang dibuat oleh kerajaan dengan mengundi BN pada pilihan raya kecil kelak.

Saturday, January 3, 2009

pemimpin tak sedar diri

apa lah benggapnya pemimpin yang perasan duit yang ada ditangan mereka itu duit parti yang mereka wakili apabila setiap kali nak melaksanakan projek pembangunan atas nama pembangunan rakyat. terbaru, MB terengganu dengan nada angkuh dan penuh ugutan memberitahu pengundi P36 supaya mengundi BN jika mahu projek bernilai rm 5.8 juta dapat dilaksanakan di kuala terengganu. dengan memberi contoh wakaf mempelam yang tiada penbangunan selama 18 tahun kerana di bawah ADUN pas.

wahai pemimpin yang tak sedar diri, apakah alasan anda untuk menafikan hak rakyat untuk menikmati pembangunan hanya kerana mempunyai fahaman politik yang berbeza dengan anda? apakah bila rakyat telah melawan arus dengan memilih pembangkang didalam sesuatu pilihanraya maka mereka akan dikecualikan daripada membayar segala cukai cukai yang ada? cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan, cukai pendapatan dan macam macam cukai lagi. tahu tak duit dari hasil cukai ini lah digunakan untuk membayar gaji anda semua dan untuk digunakan bagi melaksanakan pembangunan. jadi apa alasan anda untuk membuat ugutan jika mahu pembangunan pilih atau undilah BN. kalau duit yang digunakan untuk bayar gaji anda sebagai MB, exco dan pegawai kerajaan lain adalah duit BN boleh lah nak berlagak cakap macam tu.

janganlah nak memperbodohkan rakyat. dulu lain....sekarang lain. apakah kalau kerajaan yang memerintah itu pembangkang, maka api, air dan jalan tak boleh disediakan. itu cerita lapuk 70an. rakyat kelantan dah 18 tahun dibawah kerajaan islam PAS. kalau nak dibandingkan dengan PERLIS yang diperintah BN rasanya banyak yang boleh di bezakan. hak untuk memilih sepatutnya tidak membezakan kita sebagai rakyat malaysia. parti itu hanyalah sebuah organisasi yang dipilih kita untuk mewakili kita didalam soal pemerintahan. parti yang mendapat majoriti untuk memerintah hanyalah sebagai wakil yang diamanahkan rakyat untuk mengurus kebajikan rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Minyak kekal AS$40 setong hingga Obama jadi Presiden

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Harga minyak mentah dijangka berada pada paras stabil melebihi AS$40 (RM138.40) dan akan kekal di paras tersebut sehingga Presiden Amerika Syarikat (AS) baru, Barack Obama memulakan tugas pada 20 Januari ini.

Ini berikutan, harga pasaran akan menunggu polisi beliau terhadap ekonomi AS, pengeluar minyak utama Iran dan konflik yang berlaku antara Israel-Hamas di Timur Tengah yang kaya dengan minyak bagi menentukan harga semasa minyak mentah dunia.

Harga pasaran minyak mentah hari didagangkan rendah pada hari pertama 2009, walaupun harga meningkat sehari sebelum cuti tahun baru.

Kontrak utama New York, minyak berkualiti tinggi Light sweet untuk penghantaran Februari jatuh AS$2.03 (RM7.02) kepada AS$42.57 (RM147.29) setong pada dagangan tengah hari selepas meningkat AS$5.57 (RM19.27) kepada AS$44.60 (RM154.31) di New York Mercantile Exchange, Rabu lalu.

Sementara itu, minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Februari jatuh AS$1.91 (RM6.60) kepada AS$43.68 (RM151.13) setong selepas melonjak AS$5.55 (RM19.20) kepada AS$45.59 (RM157.74) di London, Rabu lalu.

''Harga pasaran mengalami kejatuhan disebabkan pelabur Asia berpendapat trend menaik yang berlaku adalah melampau pada Rabu lalu,'' kata Dave Ernsberger, Pengarah Editorial Kanan Platts Asia, penyedia maklumat tenaga global.

Dengan permintaan dikawal oleh kemelesetan ekonomi di negara-negara besar ekonomi dunia, harga minyak berisiko untuk terus jatuh pada tahun ini, menurut penganalisis.

''Berita ekonomi yang berterusan suram akan menyebabkan harga pasaran minyak berada dalam keadaan defensif pada 2009 sehingga pakej rangsangan AS dapat dinilai keberkesanannya,'' kata Mike Fitzpatrick di MF Global.

Sementara itu, Obama bercadang membelanjakan sehingga AS$775 bilion (RM2.68 trilion) bagi pakej rangsangan ekonomi, seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Terdahulu, harga minyak mentah melonjak sehingga mencapai paras tertinggi melebihi AS$147 (RM508) setong dari Julai lalu, sebelum krisis ekonomi global mengurangkan permintaan dunia untuk tenaga dan menjadikan harga jatuh secara drastik.

Rabu lalu, harga pasaran meningkat selepas laporan mingguan Jabatan Tenaga AS menunjukkan peningkatan dalam simpanan minyak mentah negara itu.

''Kemungkinan (pelabur) menjangkakan sesuatu yang lebih daripada itu,'' kata Andy Lipow dari Lipow Oil Associates

Friday, January 2, 2009

CRUDE OIL

Crude Oil Price by OIL-PRICE.NET ©
Price
Change
Trades Volume
07:56 - $ 41.40
1.26 2.95% 8,071 13,646
Range Open 52 Wk Range 1 Year Forecast
41.05 - 43.72
43.72
36.94 - 147.27 $ 48 / Barrel

Khairy Dilarang Ke K Trg : Pengundi P36 Kempunan Melihat Gelagat & Aksi KJ

Dilulus terbit pada Friday, January 02 @ 15:34:03 MYT oleh TokPenghulu
Relaks Sekejap Oleh professor

"
 Dalam Wacana Transformasi Politik Negara di Balai Islam Lundang , yang dihadiri oleh Khairy, Husam dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari , dipengerusikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff , soal hukum Hudud kembali diperkatakan. , dan menjadi ’headline’ akhbar arus perdana seperti tajuk berkiut Pas tetap laksana Hudud


Maka , tidak semena – mena saham Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjulang ke langit , malah terus memperlekehkan dan membidas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berhubung pendirian yang tidak konsisten dalam melaksanakan hudud dan qisas jika pakatan pembangkang memerintah. , dan disambut dengan penuh kegembiraan oleh wartawan – wartawan , antaranya tajuk akhbar yang berbunyi Isu Hudud Qisas : KHairy Bidas Husam

Rupanya , sangkaan menyatakan khairy telah menjadi juara dan pemenang dalam wacana tersebut , tidak menjadi kenyataan , kerana ada dakwaan menyatakan parti yang diwakilinya tersepit kini , dan sudah tentu si khairy dikutuk hebat dari pimpinan nombor 2 hingga ke peringkat cawangan , kecuali orang nombor 1.

Jangkaan awal khairy isu ini akan menjulang namanya juga boleh dijadikan senjata dalam memecahkan pakatan PAS , DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRK P36 Kuala Terengganu , ternyata meleset

Ini kerana , enakmen hudud dan qisas , sudah pun diperkenankan oleh DYMM Sultan Terengganu dan diluluskan oleh DUN Terengganu.

Maka tindakan khairy ini telah menimbulkan kemarahan orang – orang Melayu , orang – orang islam dan bukan islam Terengganu , khsusnya kini di Parlimen Kuala Terengganu , kerana mempermainkan hukum Tuhan dan secara tidak langsung telah menghina DYMM Sultan Terengganu


Menurut sumber – sumber dari pihak tertentu , informasi dari risikan dan maklumat cawangan khas di seluruh Parlimen Kuala Terengganu , telah wujud sentimen anti khairy dan anti UMNO yang membara dan meluas.


Sangat besar kemungkinan , sepanjang PRK P36 K TRG ini , si khairy akan dilarang dan dihalang dari turun ke Kuala Terengganu , untuk berkempen membantu jentera parti UMNO.


Sekiranya maklumat dari beberapa sumber – sumber tadi benar , maka amatlah malang sekali bagi pengundi – pengundi di Kuala Terengganu yang berjumlah seramai 80,229 orang , kerana tidak dapat melihat gelagat dan aksi si khairy , yang bermula sebaik saja hari penamaan calon pada 6 januari hingga 17 januari hari mengundi.


Mungkin kah tuan/puan salah seorang dari pengundi yang kempunan , at least tidak dapat menatap wajah ketampanan seorang menantu Perdana Menteri bagi sebuah negara , yang katanya dua mempunyai anak kini ?
"

Search This Blog